Saturday, January 7, 2012

Panduan Menulis Karangan - Karangan bergambar tunggal dan gambar bersiri serta karangan autobiografi.



Karangan Bergambar Tunggal.
  • Pastikan karangan yang hendak ditulis itu berpandukan gambar yang disediakan. 
  • Setiap gambar perlu dipastikan bila, di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas.
  • Teliti seluruh gambar dengan mendalam. Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana. 
  • Sewaktu menulis, pastikan diri terlibat di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.
  • Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan. 

Karangan Bergambar Bersiri.
  • Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.
  • Sebaik-baiknya jadikan diri kita seolah-olah terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.
  • Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar.
  • Karangan yang ditulis itu mesti berpandukan peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.
  • Boleh menyertakan tajuk, tetapi tidak menjadi kemestian.   

Karangan Jenis Autobiografi 

1.
Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.
2.
Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3.
boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4.
Aturan membina karangan.
  • tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus.
  • perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik.
  • proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat · perasaan - sedih atau gembira.
5.
Boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan, bukan dengan manusia.
6.
Paparkan nilai-nilai murni.

Panduan Menulis Karangan - Biografi


Karangan jenis biografi mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari awal hingga ke akhir antaranya : ·
  • tokoh-tokoh sejarah ·
  • pemimpin tanahair ·
  • tokoh sukan ·
    tokoh guru dan lain-lain

  1. Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan. 
  2. Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir. 
  3. Jangan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.

Rangka karangan.
 
Pengenalan.
Perenggan 2. Isi 1
Perenggan 3. Isi 2
Perenggan 4. Isi 3
Perenggan 5. Penutup

Panduan Menulis Karangan - Dialog, Temuramah, Wawancara, Perbualan

Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan (lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan  perbualan menerusi telefon)
ii. wawancara dan temu ramah  (lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang  lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara)·



Seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama.

Setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih.

Sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.


Lihat contoh:

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.

Pastikan anda mengikut format penulisan karangan jenis ini iaitu nama watak ditulis selari di sebelah kiri. Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari. Contohnya.
Nama A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama B  : Waalaikummussalam
Nama A : Apa khabar Makcik ?
Nama B :

Rangka karangan

Mulakan perbualan dengan salam sejahtera·

Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun ”Makcik… ·

Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.

Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“ · 
Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit.

Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar ·

Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….

Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

Kawal jumlah perkataan yang digunakan (lebih kurang 80 patah perkataan)·

Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. (?)· 

Pastikan karangan di tulis mengikut format (terpesong format , tolak 3 markah)·

Soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh ·

Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.


Rangka Karangan. 
 
PENDAHULUAN - 


a) Isi


b) Isi


c) Isi


PENUTUP 
 

Panduan menulis karangan - catatan diri


Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang.

Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan dibawah:

Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan mengenai lawatan itu.

Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari . Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari.

Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan hari tersebut.

Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam.

Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat

Tulis catatan mengikut urutan peristiwa

Ayat-ayat hendaklah pendek dan mudah difahami

Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/bank/conkarangan.pdf

Panduan menulis karangan - jenis cereka, melengkapkan cerita

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi. Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman, pembacaan, atau perbualan.

Cereka

  1. cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya. 
  2. cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca. 
  3. jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas. 
  4. jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukkan masa yang diberikan 
Rangka karangan

Pengenalan
Perenggan ke-2 
Perenggan ke-3 
Perenggan ke-4  
Penutup

Karangan jenis melengkapkan cerita
  1. karangan tidak berformat 
  2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi  
  3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang. 
  4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi 
  5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu. 
  6. setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran. 
  7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal. 

Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/bank/conkarangan.pdf

Panduan Menulis Karangan - Rencana


Sekiranya anda memilih untuk membuat karangan jenis ini, pastikan ianya:
  • ditulis dalam bentuk format biasa
  • karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
  • jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya 
  • fahamkan kehendak soalan. Contohnya karangan yang bertajuk ”Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid.
  • pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
  • senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
  • setelah mengemukakan pengenalan, tulis bahagian isi
  • pastikan anda dapat menyediakan 4 isi 
  • kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
  • setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
  • masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
  • setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
  • gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.

Rangka karangan

Pendahuluan -
Perenggan ke-2  -
Perenggan ke-3  -
Perenggan ke-4 -
Penutup  -

Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/bank/conkarangan.pdf

Panduan Menulis Karangan - Perbincangan

  1. Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan persoalan. 
  2. Setelah mengemukakan pengenalan (maksud atau definisi tajuk) perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah tajuk 
  3. Tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )  
  4. Setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting didahulukan ) 
  5. Kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik ) 
  6. Setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk ).

Contoh soalan: Tinggal di kampung lebih baik dari tinggal di bandar.
 
Rangka karangan.

Pendahuluan : 
  • ulasan kamu mengenai tempat tinggal kamu 
  • pilihlah yang mana sesuai  
Isi  
  1. alam sekitar seperti udara, bunyi, air 
  2. jimat perbelanjaan seperti sumber makanan yang murah dan segar 
  3. hidup berjiran seperti tolong-menolong, bekerjasama 
  4. suasana lebih aman seperti jauh daripada kesibukan, jenayah, kecurian 
Penutup
  • penegasan kepada tajuk
Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/bank/conkarangan.pdf

Panduan Menulis Karangan - Laporan

  1. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. 
  2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. 
  3. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik. 
  4. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. 
  5. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. 
  6. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. 
  7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. 
  8. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat  
Format karangan


Tajuk Laporan

:

Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris   atau ditulis dengan huruf besar semuanya.
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.   
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk tertalu panjang.

Isi Laporan

:

Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup

Pengakuan pelapor

:

Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir

Tarikh

:

Ditulis di sebelah kanan laporan, setentang dengan pengakuan pelapor

Tandatangan pelapor

:

Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor

Nama Pelapor

:

Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan

Jawatan Pelapor

:

Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di   hujungnya. Seterusnya   ditulis nama persatuan yang diwakili

Contoh karangan.

Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda.Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.


1. Pendahuluan:

Penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan

2.

si

a. kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang

b. ceramah -pensyarah dari USM

c. gotong-royong-membersihkan kawasan sekolah

d. lawatan ke Taman Ular

3.

Penutup

Berterima kasih kepada guru penasihat.

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] tajuk / perkara   ( jika tiada      - tolak 1 markah )
b] nama pelapor     ( jika tiada     - tolak 1 markah ) - boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa / catatan



Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau


        Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang.Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam.Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik.Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.  
       
      Persatuan ini telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah…Peraduan Menulis Esei Tentang Sains….Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.  
        
      Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia.Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memeperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.  
        
      Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut  Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.  
        
      Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat, Cikgu  Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.  

Disediakan oleh,                                                              25 Januari 1996        
       

Azmi 
_______________ 
(AZMI SULAIMAN) 
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains 
Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.

Panduan Menulis Karangan - Surat Rasmi

1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang. Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya. 
3. Perhatikan format di bawah





Alamat Pengirim/penulis (permulaan perkataan dalam huruf besar, jangan lupa tanda koma dihujungnya). Contoh.
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Kebangsaan darau,
22000 Jerteh
______________________________(Garisan panjang)_________________


Jawatan/Penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat yang terakhir digariskan )
Alamat(Pejabat/sekolah dan sebagainya)
___________________
___________________                                   Tarikh (selari dengan nama negeri atau atau alamat akhir penerima. Bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar)


Tun/Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan,


Tajuk/Perkara/Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)


Menyatakan tujuan (perenggan tiada nombor dan rapat sebelah kiri)


2.        (Menyatakan isi-isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. Cuba sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain).


3.        (Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan, misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan).


(Penutup)


Yang benar,


________________________
Nama penuh (HURUF BESAR)
Jawatan (Huruf kecil).




Contoh surat rasmi.


Pasukan Bola Sepak,
Sek. Men. Keb. Tun Mutahir
75300 Batu Berendam.
______________________________________________________________
Pengetua,
Sek. Men. Keb. Tun Mutahir
75300 Batu Berendam.
Melaka                                                                           30 OKTOBER 2011


Tuan,


Memohon Mengadakan Latihan Bola Sepak Selepas PMR
Saya sebagai kapten pasukan bolasepak bawah 15 tahun Sek. Men. Tun Mutahir ingin mengadakan latihan selepas tamatnya PMR 2011.


2.        Isi seterusnya


3.        Isi seterusnya


4.        Isi seterusnya


Sekian, terima kasih.


Yang benar,


Ahlan Wasahlan
(AHLAN WASAHLAN)
Kapten,
Pasukan Bola Sepak Bawah 15 Tahun,
Sek. Men. Keb. Tun Mutahir.

Nota.



- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat  ( salah letak / jika tiada     - tolak 1 markah )
b] tarikh  ( salah letak / jika tiada     - tolak 1 markah )
c] panggilan hormat  ( salah letak / jika tiada    - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara  ( salah letak / jika tiada    - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama  ( salah letak / jika tiada  - tolak 1 markah )



Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/bank/conkarangan.pdf

Panduan Menulis Karangan - Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;
  1. Surat ucap tahniah
  2. Surat ucap takziah
  3. bertanya khabar berita
  4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
  5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
  6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
  7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
  8. dan sebagainya 

Tahukah kamu? Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu 
Cara A : 8 Februari 1998.
Cara B : 8 hb. Februari, 1998.

Tip-tip menulis surat tidak rasmi.

  1. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu, terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukkan sebelum ini.
  2. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti: nenda, ayahanda, ibunda / bonda, kakanda / kanda, adinda, anakanda, dan cucunda. 
  3. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
  4. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Format surat tidak rasmi.
  1. Nama dan alamat pengirim (kanan)
  2. Tarikh (kanan)
  3. Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
  4. Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
  5. Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis
  6. Perenggan ke-2
  7. Perenggan ke-3
  8. Penutup
  9. Tandatangan pengirim (kanan) 7 Perakuan diri (kanan)

Contoh surat tidak rasmi.

Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/bank/conkarangan.pdf

Panduan Menulis Karangan - Karangan Jenis Ucapan

1. Ucapan lazim disampaikan dalam majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian, perayaan tertentu, dan sebagainya.
2. Antara ucapan yang boleh disampaikan termasuklah:

a. ucapan dalam majlis perpisahan

b. ucapan dalam majlis meraikan seseorang.

c. ucapan dalam majlis perasmian.
3. Bahasa yang digunakan dalam ucapan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan, dan mudah difahami.
4. Kiasan, jenaka, pantun, atau peribahasa yang sesuai boleh diselitkan dalam ucapan. Walau bagaimanapun, janganlah berlebih-lebihan sehingga menjejaskan isi ucapan yang disampaikan.
5. Karangan jenis ucapan mempunyai format tertentu yang anda perlu patuhi. Format karangan berbentuk ucapan adalah seperti berikut:

a. Pendahuluan


Merupakan pembuka kata yang berupa ucapan selamat dan kata alu-aluan sebagai tanda hormat.

b. Isi


Merupakan tujuan ucapan disampaikan.

c. Kata-kata penghadapan


Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan. Antara kata-kata penghadapan yang boleh digunakan termasuklah "hadirin yang dimuliakan", "hadirin sekalian", dan "tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati".

d. Penutup


Merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan. Antara kata-kata yang boleh digunakan termasuklah "akhir kata", dan "mengakhiri ucapan saya". Ucapan hendaklah diakhiri dengan ucapan "sekian, terima kasih".




Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan berbentuk ucapan ialah:
  • Ucapan yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan
  • Kata-kata aluan ditulis tidajk mengikut protokol. Misalnya tidak menggunakan kata panggilan hormat yang sesuai.
  • Kata-kata penghadapan tidak digunakan langsung dalam ucapan yang ditulis.
  • Isi ucapan yang disampaikan kabur dan berbelit-belit.
Contoh penulisan karangan jenis ucapan:



Sumber: Mari Belajar Bahasa Melayu

Bahagian B - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan


Untuk mendapat markah cemerlang, para pelajar perlu memberi perhatian aspek-aspek berikut:
  • Ayat perlu gramatis.
  • Kata dan kosa kata luas dan tepat. 
  • Ejaan dan tanda baca mesti betul.
  • Idea yang releven berdasarkan tugasan.
  • Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
  • Pengolahan yang menarik dan berkesan.
Sekiranya karangan pelajar mempunyai ciri-ciri berikut, karangan pelajar masih lagi dalam kategori baik iaitu antara 11 - 15 markah.
  • Ayat masih gramatis.
  • Kata dan kosa kata masih luas dan tepat. Kesalah penggunaan kata yang minimum
  • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.
  • Idea yang releven berdasarkan tugasan.
  • Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan.
  • Pengolahan masih menarik.
Sekiranya karangan pelajar mempunyai ciri-ciri berikut, karangan pelajar masih lagi dalam kategori baik iaitu antara 06-10 markah.
  • Ayat kurang gramatis.
  • Kata dan kosa kata terhad. Kesalah penggunaan kata yang ketara.
  • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
  • Idea yang releven berdasarkan tugasan.
  • Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan. terhad
  • Pengolahan tidak menarik.

Contoh jawapan cemerlang.

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk membendung masalah ini.
Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan kurang upaya. Selain itu, system lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan.
Sementelahan, amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Friday, January 6, 2012

Bahagian A (II): Pemahaman


Soalan 1.

Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan. Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. (2 markah)

Soalan 2.

Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll - pelajar mesti kemukakan 2 jawapan yang tepat. (4 markah)

Soalan 3.

Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda…….. 2 isi perlu dikemukakan. (4 markah).


Contoh soalan (Soalan PMR 2009)
Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
  1. 1.     Berikan maksud masa senggang.                                          [2 markah]
  2. 2.     Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid.    [4 markah]
  3. 3      Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?    [4 markah]

 
Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010 Oleh EN. SABRI BIN CHE SEMAN

http://www.smktunku.edu.my

Bahagian C Karangan Umum - 40 markah

1. Jumlah perkataan - Melebihi 180 patah perkataan (tulis di bahagian bawah sebelah kanan).
2. Perenggan - 5/6 perenggan.
- 1 Perenggan - Pendahuluan.
- 4 Perenggan - Isi/huraian/contoh/bukti-angka, pendapat tokoh, hasil kajian dll
- 1 Perenggan - Penutup.
3 Jumlah isi - 3 / 4  isi sahaja.
4. Sintaksis - ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
(Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Di samping itu, dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah
karangan akan ditentukan berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.


PEMBINAAN KARANGAN.

Contoh Soalan

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

i. Cara menulis pendahuluan.
- Pastikan 1 perenggan sahaja.
- Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis.
- Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan
pernyataan yang merangsang pemikiran dan menarik  perhatian pemeriksa.
- Boleh  selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan berjawab dll.

Contoh pendahuluan-

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita acap kali mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Sikap suka menuding jari menyalahkan pihak lain adalah perkara biasa jika kejadian seumpama ini berlaku. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Semua pihak harus memain peranan masing-masing dalam menanggani masalah ini. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang. 

ii.

Cara menulis isi karangan. 
- Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. 
- Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan
menggunakan penanda wacana.   
- Pastikan tidak berlaku pengulangan isi.
- Formula( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana +
Kesan/ Contoh )

Contoh Isi karangan

Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa. Yang terbaharu, kejadian di Bukit Antarabangsa tahun 2009 juga telah merosakkan banyak harta benda.

iii.

Cara menulis penutup karangan.
- Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda
huraikan.
- Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan
dalam perenggan isi.
- Formula ( Rumusan utama + Bagaimana + Kesan )

Contoh -

Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). Kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . (BAGAIMANA). Masyarakat perlu memupuk kesedaran terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN ) Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah
runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang. 

Soalan karangan yang popular.
1. Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.
2. Surat Rasmi dan Tidak Rasmi.
3. Karangan Laporan.
4. Karangan Perbincangan/Pendapat.
5. Karangan Bertajuk Peribahasa.
6. Karangan Cereka/keperihalan.
7. Karangan Syarahan/perbahasan


Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010 Oleh EN. SABRI BIN CHE SEMAN


Bahagian A(i) - Ringkasan
[20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang tujuan pemberian kerja rumah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi tidak semestinya dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh itu, kerja rumah diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri murid. Kerja rumah juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah perlu disiapkan oleh murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah menimbulkan rungutan kerana kerja rumah dikatakan telah 'merompak' masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.
Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun, perlu diingat bahawa kerja rumah sememangnya diberikan bagi membuka peluang kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Kerja rumah juga dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.

Panduan Menjawab Soalan Bahagian D (KOMSAS)

1.      Jumlah isi - 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.

2.      Perenggan - 3 perenggan.

3.      Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.

PENTING ! ! ! ! ! Tanpa contoh tiada markah.

4.      Pemarkahan   -   Isi ( 6 markah )
                               -   Bahasa ( 4 markah ).

5.      Topik penting dalam Komsas

bil
Huraian
Markah
1.
Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji
10
2.
Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalarn novel yang anda kaji
10
3.
Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji.
10
4.
Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai.
10
5.
Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalarn novel yang anda kaji
10
6.
Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai
10
7.
Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji
10
8.
Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji
10
9.
Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai
10
10.
Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui
10
11.
Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji
10

FORMULA MENJAWAB SOALAN KOMSAS
( BARNIAT YANGHORJIN )

BAR     = SABAR
NI         = BERANI
AT        = TAAT
YANG   =  SAYANG
HOR     = HORMAT
JIN       = RAJIN.

Contoh 1

Novel yang saya kaji ialah Novel Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Persoalan­persoalan yang terdapat dalam novel ini antaranya persoalan kesabaran menghadapi cabaran hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang sabar menghadapi karenah bapanya Pak Salleh yang begitu membenci Cikgu Murad sehingga sanggup menuduh Cukgu Murad sebagai penjenayah.

Selain itu, Persoalan keberanian menghadapi pelbagai rintangan dan halangan hidup. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang amat berani menghadapi bahaya bermalarn berhampiran sungai ketika mengikuti ekspedisi Gunung Itik dan ketika hampir bertembung dengan seekor harimau di dalarn hutan.
Dalam pada itu, ketaatan kepada orang tua antara persoalan yang terdapat dalam novel ini. Hal ini dapat pada watak Hadi yang taat kepada orang tuanya Pak Salleh dan Mak Jamilah supaya belajar dengan bersungguh-sungguh..Begitu juga Hadi taat kepada arahan Pak Musa semasa berada di dalam hutan ketika mendaki Gunung Itik.

Persoalan hormat kepada guru dan orang yang lebih tua. Hal ini dapat dilihat pada watak Hadi yang menghormati gurunya iaitu Cikgu Murad dengan mematuhi nasihatnya.Hadi juga hormat akan ibu bapa Pak Salleh dan Mak Jamilah dengan tidak meninggikan suara semasa bercakap.

Persoalan kerajinan dalam menjalankan tugas. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang rajin membantu ibu bapa dengan membasuh pinggan selepas makan. Hadi juga rajin membuat keija sekolah dan mengikuti aktiviti di sekolah.

FORMULA BIJAK KOMSAS BAHASA MELAYU
Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji (10 markah)




KALI MOLOG


KA      =  IMBAS MUKA
LI        =  IMBAS KEMBALI
MO     =  MONOLOG
LOG    =  DIALOG



 Soalan yang berkaitan dengan gaya bahasa/unsur keindahan



* Catatan. Pelajar boleh pilih salah satu formula atau gabung mana-mana 2 formula.

 ASOLI ANAPI

Nyatakan gaya bahasa / unsur keindahan yang terdapat dalamn novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai.

GUNA FORMULA - ASOLI ANAPI

ASO     =   ASONANSI (pengulangan huruf vokal )
LI         =   ALITERASI (pengulangan huruf konsonan )
ANA     =  ANAFORA ( Pengulangan di awal ayat / baris )
PI          =  EPIFORA ( Pengulangan di akhir ayat / baris )
 SI         =  DIKSI (Pemilihan kata yang sesuai )
LE        =   SIMILE ( Gaya bahasa yang menggunakan kata perbandingan­ seperti, umpama, bagai, bak, laksana, ibarat )
LA        =  HIPERBOLA ( Gaya bahasa kiasan secara berlebih-lebihan )
RA        =  METAFORA ( Gaya bahasa perbandingan secara terns sama ada secara konkrit atau abstrak)

Rangka jawapan

1.     Asonansi. Pengulangan huruf vokal "a". Contohnya, Dengan tembakan yang dilakukan secara serentak itu banyak yang mengenai sasarannya. ( Teks Limpahan Darah di Sungai Semur, m/s 114 ).

2.      Diksi. Pemilihan kata -kata yang sesuai. Contolulya platun, koperal, Askar Melayu. ( Teks Limpahan Darah di Sungai Semur ).

3.      Simile. Contohnya ialah Gema tembakan yang bagaikan bertih digoreng itu ternyata daripada senjata-senjata jenis automatik ( Teks Limpahan Darah di Sungai Semur, m/s 93 ).

4.      Hiperbola. Contohnya, Darahnya mendidih.

5.      Metafora. Contohnya, hujan peluru.

Soalan yang berkaitan dengan bentuk puisi (Sajak, pantun, Syair, Seloka, Gurindam




Nyatakan bentuk puisi yang yang anda kaji dan berikan contoh yang sesuai.

GUNA FORMULA - RABA PASURI

RA        = Rangkap
BA        = Baris
PA        = Patah Kata
SU        = Suku Kata
RI         = Rima Akhir


Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010 Oleh EN. SABRI BIN CHE SEMAN