1. | Ucapan lazim disampaikan dalam majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian, perayaan tertentu, dan sebagainya. | ||
2. | Antara ucapan yang boleh disampaikan termasuklah: | ||
a. | ucapan dalam majlis perpisahan | ||
b. | ucapan dalam majlis meraikan seseorang. | ||
c. | ucapan dalam majlis perasmian. | ||
3. | Bahasa yang digunakan dalam ucapan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan, dan mudah difahami. | ||
4. | Kiasan, jenaka, pantun, atau peribahasa yang sesuai boleh diselitkan dalam ucapan. Walau bagaimanapun, janganlah berlebih-lebihan sehingga menjejaskan isi ucapan yang disampaikan. | ||
5. | Karangan jenis ucapan mempunyai format tertentu yang anda perlu patuhi. Format karangan berbentuk ucapan adalah seperti berikut: | ||
a. | Pendahuluan | ||
Merupakan pembuka kata yang berupa ucapan selamat dan kata alu-aluan sebagai tanda hormat. | |||
b. | Isi | ||
Merupakan tujuan ucapan disampaikan. | |||
c. | Kata-kata penghadapan | ||
Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan. Antara kata-kata penghadapan yang boleh digunakan termasuklah "hadirin yang dimuliakan", "hadirin sekalian", dan "tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati". | |||
d. | Penutup | ||
Merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan. Antara kata-kata yang boleh digunakan termasuklah "akhir kata", dan "mengakhiri ucapan saya". Ucapan hendaklah diakhiri dengan ucapan "sekian, terima kasih". | |||
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan berbentuk ucapan ialah: | |||
|
Sumber: Mari Belajar Bahasa Melayu
No comments:
Write comments