Surat tidak rasmi ialah surat yang
biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya
ditulis dengan tujuan unttuk memberitahu sesuatu perkara seperti
antaranya ;
- Surat ucap tahniah
- Surat ucap takziah
- bertanya khabar berita
- menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
- Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
- Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
- membalas surat yang dihantar oleh orang lain
- dan sebagainya
Tahukah kamu? Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu
Cara A : 8 Februari 1998.
Cara B : 8 hb. Februari, 1998.
Tip-tip menulis surat tidak rasmi.
- Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu, terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukkan sebelum ini.
- Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti: nenda, ayahanda, ibunda / bonda, kakanda / kanda, adinda, anakanda, dan cucunda.
- Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
- Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Format surat tidak rasmi.
- Nama dan alamat pengirim (kanan)
- Tarikh (kanan)
- Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
- Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
- Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis
- Perenggan ke-2
- Perenggan ke-3
- Penutup
- Tandatangan pengirim (kanan) 7 Perakuan diri (kanan)
Contoh surat tidak rasmi.
Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/bank/conkarangan.pdf
No comments:
Write comments