Untuk mendapat markah cemerlang, para pelajar perlu memberi perhatian aspek-aspek berikut:
- Ayat perlu gramatis.
 - Kata dan kosa kata luas dan tepat.
 - Ejaan dan tanda baca mesti betul.
 - Idea yang releven berdasarkan tugasan.
 - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang.
 - Pengolahan yang menarik dan berkesan.
 
Sekiranya
 karangan pelajar mempunyai ciri-ciri berikut, karangan pelajar masih 
lagi dalam kategori baik iaitu antara 11 - 15 markah.
- Ayat masih gramatis.
 - Kata dan kosa kata masih luas dan tepat. Kesalah penggunaan kata yang minimum
 - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.
 - Idea yang releven berdasarkan tugasan.
 - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan.
 - Pengolahan masih menarik.
 
Sekiranya
 karangan  pelajar mempunyai ciri-ciri berikut, karangan pelajar masih 
lagi dalam  kategori baik iaitu antara 06-10 markah.
- Ayat kurang gramatis.
 - Kata dan kosa kata terhad. Kesalah penggunaan kata yang ketara.
 - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
 - Idea yang releven berdasarkan tugasan.
 - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan. terhad
 - Pengolahan tidak menarik.
 
Contoh jawapan cemerlang. 
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Saban
 hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian 
bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. 
Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk membendung 
masalah ini.
Antaranya
 ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam 
tersebut perlu mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta 
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan kurang 
upaya. Selain itu, system lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina 
tanda atau lampu isyarat supaya dapat mengawal aliran kenderaan dengan 
lebih berkesan.
Sementelahan,
 amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di 
jalan raya dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan 
supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu 
tempat.
Kesimpulannya,
 semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin 
keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

No comments:
Write comments