Soalan 1. 
Maksud
 rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan. Biasanya
 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga.
 (2 markah) 
Soalan 2. 
Soalan
 pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan 
petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara
 soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll - pelajar mesti 
kemukakan 2 jawapan yang tepat. (4 markah) 
Soalan 3. 
Soalan
 pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan 
berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru 
bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat 
anda…….. 2 isi perlu dikemukakan. (4 markah).
 
Contoh soalan (Soalan PMR 2009)
Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
- 1. Berikan maksud masa senggang. [2 markah]
 - 2. Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid-murid. [4 markah]
 - 3 Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran? [4 markah]
 
Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010 Oleh EN. SABRI BIN CHE SEMAN
http://www.smktunku.edu.my
http://www.smktunku.edu.my
No comments:
Write comments