- Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja (tulis di bahagian bawah sebelah kanan).
- Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
- Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
- Sintaksis- ringkas dan padat.
- Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan
- menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
- Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
- Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).
- Pengiraan perkataan berikut - SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
- Kata nama khas - nama orang, tempat, judul buku dll
- Kata sendi - kepada, daripada, ke, dari.
- Kata hubung - biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
- Penanda wacana - Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
- Kata ganda - murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
- Kata majmuk - beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
- Peribahasa/simpulan bahasa - anak emas, ulat buku, hati batu dll
- Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
- Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah ) - 1 isi = 2 markah.
Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
- Kelemahan pelajar membuat ringkasan
- Bahasa kurang lancar.
- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.
- Melebihi 80 patah perkataan.
- Isi kurang.
- Pelajar menyalin bulat-bulat teks. Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah anda akan ditolak sebanyak 50%.
Sumber: BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU PMR 2010
http://www.smktunku.edu.my
No comments:
Write comments