Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau
Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun
1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang.Mereka terdiri
daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam.Persatuan ini dibentuk
untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains
dan Matematik.Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat
bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
Persatuan ini telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun
1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan
akademik.Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah…Peraduan Menulis Esei
Tentang Sains….Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah
sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar
Tahun Enam Mawar.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik.
Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia.Selain
itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Kami memeperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis
bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke
Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak
memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak
Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan
yang kami jalankan. Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,
Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh, 25 Januari 1996
Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.