Saturday, January 7, 2012

Panduan Menulis Karangan - Laporan

  1. Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. 
  2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. 
  3. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir yang munasabah atau lojik. 
  4. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. 
  5. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. 
  6. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. 
  7. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. 
  8. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat  
Format karangan


Tajuk Laporan

:

Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris   atau ditulis dengan huruf besar semuanya.
Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah.   
Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk tertalu panjang.

Isi Laporan

:

Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup

Pengakuan pelapor

:

Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir

Tarikh

:

Ditulis di sebelah kanan laporan, setentang dengan pengakuan pelapor

Tandatangan pelapor

:

Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor

Nama Pelapor

:

Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan

Jawatan Pelapor

:

Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma  di   hujungnya. Seterusnya   ditulis nama persatuan yang diwakili

Contoh karangan.

Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda.Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.


1. Pendahuluan:

Penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan

2.

si

a. kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang

b. ceramah -pensyarah dari USM

c. gotong-royong-membersihkan kawasan sekolah

d. lawatan ke Taman Ular

3.

Penutup

Berterima kasih kepada guru penasihat.

- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] tajuk / perkara   ( jika tiada      - tolak 1 markah )
b] nama pelapor     ( jika tiada     - tolak 1 markah ) - boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa / catatan



Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau


        Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang.Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam.Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains dan Matematik.Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.  
       
      Persatuan ini telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah…Peraduan Menulis Esei Tentang Sains….Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.  
        
      Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia.Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memeperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.  
        
      Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut  Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.  
        
      Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat, Cikgu  Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.  

Disediakan oleh,                                                              25 Januari 1996        
       

Azmi 
_______________ 
(AZMI SULAIMAN) 
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains 
Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.

No comments:
Write comments