Showing posts with label Bahasa Melayu PMR. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu PMR. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

Soalan Percubaan Bahasa Melayu PMR 2012



Soalan Percubaan Bahasa Melayu PMR 2012.

Johor
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Melaka
  1. Kertas1
  2. Kertas2
  3. Skema
Negeri Sembilan
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Selangor
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Perak
  1. Kertas1
  2. Kertas2
  3. Skema
Kedah
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Perlis
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Kelantan
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Terengganu
  1. Kertas1
  2. Kertas2
  3. Skema
Pahang
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Sabah
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Serawak
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Sekolah Berasrama 
Penuh
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Wilayah Persekutuan
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema
Pulau Pinang
  1. Kertas 1
  2. Kertas 2
  3. Skema

Saturday, January 7, 2012

Panduan Menulis Karangan - Biografi


Karangan jenis biografi mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari awal hingga ke akhir antaranya : ·
  • tokoh-tokoh sejarah ·
  • pemimpin tanahair ·
  • tokoh sukan ·
    tokoh guru dan lain-lain

  1. Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan. 
  2. Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir. 
  3. Jangan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.

Rangka karangan.
 
Pengenalan.
Perenggan 2. Isi 1
Perenggan 3. Isi 2
Perenggan 4. Isi 3
Perenggan 5. Penutup

Panduan Menulis Karangan - Dialog, Temuramah, Wawancara, Perbualan

Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan (lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan  perbualan menerusi telefon)
ii. wawancara dan temu ramah  (lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang  lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara)·



Seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama.

Setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih.

Sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.


Lihat contoh:

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.

Pastikan anda mengikut format penulisan karangan jenis ini iaitu nama watak ditulis selari di sebelah kiri. Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari. Contohnya.
Nama A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama B  : Waalaikummussalam
Nama A : Apa khabar Makcik ?
Nama B :

Rangka karangan

Mulakan perbualan dengan salam sejahtera·

Anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun ”Makcik… ·

Pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.

Boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“ · 
Soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit.

Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar ·

Elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….

Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

Kawal jumlah perkataan yang digunakan (lebih kurang 80 patah perkataan)·

Tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. (?)· 

Pastikan karangan di tulis mengikut format (terpesong format , tolak 3 markah)·

Soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh ·

Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.


Rangka Karangan. 
 
PENDAHULUAN - 


a) Isi


b) Isi


c) Isi


PENUTUP 
 

Panduan menulis karangan - jenis cereka, melengkapkan cerita

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi. Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman, pembacaan, atau perbualan.

Cereka

  1. cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya. 
  2. cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca. 
  3. jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas. 
  4. jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukkan masa yang diberikan 
Rangka karangan

Pengenalan
Perenggan ke-2 
Perenggan ke-3 
Perenggan ke-4  
Penutup

Karangan jenis melengkapkan cerita
  1. karangan tidak berformat 
  2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi  
  3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang. 
  4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi 
  5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu. 
  6. setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong-menolog, kasih sayang atau apa saja yang boleh membawa pengajaran. 
  7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal. 

Sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/bank/conkarangan.pdf

Friday, January 6, 2012

Panduan Menjawab Kertas 2 PMR


1    Kertas 2 ini dikenali dengan kod 02/2 PMR.
2    Mulai tahun 2005, bentuk atau format kertas ini berubah agak ketara.
3    Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam, manakala markahnya ialah 100 markah.
Bahagian A:
Dibahagi kepada dua, iaitu:
(a)    Ringkasan – 20 markah
(b)    Pemahaman petikan umum (3 item soalan) – 10 markah
Bahagian B
Karangan berdasarkan bahan rangsangan – 20 markah
Bahagian C 
Karangan respons terbuka (5 item soalan, pilih 1) – 40 markah
Bahagian D
KOMSAS (Novel) – 10 markah
Jumlah markah keseluruhan – 100 markah

 

BAHAGIAN A (i)    RINGKASAN
  1. Soalan ini meminta pelajar menulis ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan berdasarkan sebuah petikan 200 hingga 250 patah perkataan atau 4 hingga 5 perenggan.
    a)  Cari sekurang-kurangnya lima (5) isi 
    b)  Tulis semula isi-isi dalam satu perenggan 
    c)  Sambungkan ayat-ayat menggunakan penanda wacana seperti: selain itu....., sehubungan itu.... 
    d)  Elakkan daripada menyalin terus daripada petikan 
    e)  Elakkan menyalin isi secara terpilih
  2. Langkah pertama, pelajar haruslah membaca arahan soalan dengan teliti terutamanya untuk mengenal pasti kata kunci/fokus soalan seperti faktor, langkah, kesan, kepentingan, manfaat, implikasi, akibat, cara dan sebagainya. 
    Selepas mengenal pasti kata kunci tersebut, pelajar perlu mencari isi-isi penting dalam petikan berdasarkan kata kunci/fokus soalan yang diberi.Jangan hadkan jumlah isi-isi penting. Carilah sebanyak mungkin yang ada dalam petikan tersebut.
    Selepas dapat mencari isi-isi penting tersebut, tulis ringkasan dalam satu perenggan yang mengandungi tidak lebih daripada 80 patah perkataan (sekurang-kurangnya mesti ada 6 hingga 7 isi).

    INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.

  3. Lebih baik dan selamat, ubah satu atau dua perkataan yang terdapat dalam ayat isi itu.
  4. Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.
  5. Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa pelajar).

     
BAHAGIAN A (ii)    PEMAHAMAN
Berdasarkan petikan umum untuk membuat ringkasan tadi, pelajar juga perlu menjawab 3 soalan pemahaman.

Soalan 1
Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan. Maksud perlu tepat mengikut konteks dalam petikan dan ditulis dalam ayat gramatis

Soalan 2 
Soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4. Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut. Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan. Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).
-  Jawapan ada dalam petikan yang diberi.
-  Berikan dua isi yang tepat.( lebih selamat 4 isi )
-  Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.

Soalan 3 


Merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.
-  Jawapan TIADA dalam petikan yang diberi.
-  Berikan dua isi yang tepat.( lebih selamat 4 isi )
-  Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis


INGAT!!! Pelajar tidak boleh memberikan pendapat yang sewenang-wenangnya. Oleh itu, untuk selamat, pelajar perlulah bertindak bijak dengan memberikan seberapa banyak isi yang dapat.

BAHAGIAN B    KARANGAN BERPANDU

  1. Mulai PMR 2005, pelajar akan menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.
  2. Untuk menjawab soalan ini, langkah pertama yang penting adalah membaca arahan soalan dengan teliti, kerana terdapat kata kunci yang akan membimbing pelajar untuk menghasilkan karangan nanti. Bahan rangsangan hanya sebagai alat pencetus idea / peta minda. Isi karangan boleh diambil daripada bahan rangsangan dan isi karangan boleh juga berdasarkan pengetahuan luar pelajar.
  3. Ingatlah, bahawa ini ialah karangan. Oleh itu, haruslah mengandungi pengenalan, tiga isi, dan penutup. Oleh sebab masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit, maka pelajar dinasihatkan hanya menulis sebanyak 120-150 patah perkataan sahaja.
  4. Jangan terlalu mengambil masa yang lama untuk menulis karangan bahagian ini kerana markah yang diperuntukkan hanyalah 20 markah sahaja.

     
BAHAGIAN C    KARANGAN UMUM
  1. Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan.
  2. Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.
  3. Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa. Penilaian karangan adalah berdasarkan penggunaan bahasa, idea dan isi serta pengolahan karangan.
  4. Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda tidak memahami isu yang dinyatakan.
  5. Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas yang mungkin. Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam karangan ( kosa kata/peribahasa). Frasa menarik juga dapat membantu meningkatkan markah.
  6. Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soalan dan jenis karangan tersebut.
  7. Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, anda digalakkan menulis:
  • Pendahuluan    (40 patah kata)
  • Empat isi penting    (40 x 4 isi = 160 patah kata)
  • Penutup    (40 patah kata)
    –     Jumlah perkataan        = 240 patah kata
    –    Jumlah yang dikehendaki = 180 patah kata
  1. Perenggan isi hendaklah mengandungi: Fakta + Huraian + Contoh
                                    (F + H + C)

     
BAHAGIAN D    NOVEL
  1. Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masing-masing.
  2. Oleh itu, pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran.
  3. Untuk menjawab soalan ini, pelajar tidak harus hanya bergantung pada sinopsis sahaja, kerana kebanyakan aspek sastera tersebut memerlukan contoh-contoh yang mesti dikemukakan semasa menjawab soalan.
  4. Semasa menjawab soalan KOMSAS, pelajar diwajibkan menulis dalam bentuk esei/karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual. Jika tidak, markah pelajar akan dipotong. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan sahaja.
  5. Sebaik-baiknya tulis isi jawapan dengan formula = FAKTA
  6. Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam soalan ini. Ayat yang dibina hendaklah gramatis disertakan dengan huraian/contoh berdasarkan watak/peristiwa/latar (mana-mana yang berkaitan)
  7. Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.